Pengeluar barangan sukan dari Indonesia, Mills Sport menjadi pengeluar jersi rasmi kelab yang beraksi dalam saingan EFL League Two, Tranmere Rovers bermula musim 2021/2022.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana mereka baru-baru ini memilih empat rekaan jersi dan meminta penyokong untuk mengundi di laman media sosial untuk rekaan jersi yang akan digunakan bagi saingan musim hadapan.

Kejayaan Mills Sport menjadi pengeluar jersi rasmi Tranmere disebabkan oleh Santini Group, syarikat gergasi dari Indonesia yang membeli sebahagian saham kelab pada tahun lalu.

Santini Group yang memiliki perniagaan seperti automotif, hartanah dan infrastruktur itu dimiliki oleh tiga bersaudara iaitu Wandi, Lukito, dan Paulus Wanandi.

Kemasukan Santini Group akan membantu usaha kelab dalam melebarkan sayap ke pasaran Asia, satu usaha yang dilakukan oleh beberapa kelab Eropah lain seperti Portimonense dan KV Kortrijk ketika ini.

Mills Sport mula menjadi perhatian setelah mereka muncul sebagai pengeluar jersi rasmi bagi skuad kebangsaan Indonesia, sekaligus menggantikan jenama terkenal dari Amerika Syarikat, Nike.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Indonesia di sini:

PSSI Resmi Gandeng Mills Sports Selama 2 Tahun

Demi Timnas U-19, Shin Tae-yong Minta Liga 1 Dan Liga 2 Segera Digelar

PSSI Dan PT LIB Secepatnya Akan Temui Polri, Tapi Belum Diketahui Kapan